Kes 1MDB: Polis tunggu perkembangan siasatan SPRM terhadap Rohana

Iklan
Abd Jalil

GEORGETOWN - Polis akan tunggu perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan, sebelum menentukan sebarang tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kes tersebut kini disiasat oleh SPRM dan polis belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"SPRM yang siasat, kita tak ada (siasat). Kita serahkan kepada SPRM dan jika terdapat sebarang bukti yang membolehkan polis siasat bersama, kita akan melihat perkara ini.

"Namun buat masa ini, belum lagi. Kita akan lihat perkembangan siasatan kes SPRM dahulu," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) Antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan 2022 di sini pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Rohana dipanggil semula SPRM untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, yang memberi keterangan di mahkamah bahawa diperas ugut wanita itu dalam pembelian sebuah rumah di London bernilai lebih AS$10 juta (RM41.8 juta) menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM merakam percakapan Rohana selama lebih lapan jam membabitkan siasatan pemberian rumah berkenaan.

Iklan

SPRM mengambil keterangan Rohana untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLA 2001 dan ia disahkan bekas CEO itu dalam kenyataan media melalui firma guaman Valen, Oh & Partners.