KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan lawatan ke Terengganu dan Kelantan esok bagi meninjau keadaan banjir di kedua-dua negeri pantai timur itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, pengumuman bantuan banjir juga dijangka diumumkan dalam lawatan tersebut.