10,000 petugas barisan hadapan terlibat operasi banjir

Iklan
Beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan melakukan operasi memindah dan menyelamat penduduk di Taman Sri Mas, Kampung Lubok Jong pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 10,000 petugas barisan hadapan telah digerakkan dalam operasi menyelamat mangsa bencana banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kesemua yang terlibat ditugaskan di tempat yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Selain itu katanya, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah mengeluarkan notis siap siaga kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah dan menerima respons yang positif sejak 23 Februari.

"Semua kita tahu tahu pemindahan banjir puncaknya adalah pada 26 hingga 28 Februari tetapi oleh kerana kita bekerjasama dengan Jabatan Menteorologi (MetMalaysia) dan maklumat-maklumat awal telah kita sampaikan kepada negeri dan daerah, maka kesiap siagaan di peringkat negeri dan daerah ini dapat berjalan dengan amat positif.

Iklan

"Mulai 26 Februari juga mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat telah diadakan setiap hari (bagi memantau keadaan banjir),” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil kerajaan dalam menangani musibah banjir yang baru melanda negeri-negeri Pantai Timur pada waktu ini.

Iklan

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah keseluruhan kerugian akibat banjir di kedua-dua negeri itu, Abdul Latiff berkata, kajian masih dijalankan.