KUANTAN -Tragedi hitam umat Islam yang menyebabkan puluhan rakyat Islam menjadi mangsa korban pengganas yang berlaku di dua buah masjid di Chirstchurch, New Zealand sewaktu Jumaat lalu membuktikan keganasan itu tidak wujud dalam kalangan masyarakat Islam.
Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, pemikiran terhadap keganasan dikaitkan dengan Islam boleh ditinjau kembali kerana keganasan itu tidak sepatutnya berkaitan dengan sesuatu agama atau bangsa semata-mata.
Menurutnya, negara Barat sudah lama menggunakan propaganda pengganas dikaitkan dengan masyarakat Islam namun peristiwa itu telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam agama mengamalkan sifat merendah diri.
"Peristiwa yang berlaku di New Zealand membuktikan bahawa Islam tidak perlu dikaitkan dengan pengganas kerana pengganas itu ada di dalam masyakat dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern jijik untuk menyebut nama pengganas yang menyerang masjid tersebut. Pengganas ini bukanlah berpunca dari agama tetapi kehidupan lampau yang kurang baik.
"Saya juga tidak menolak terdapat golongan tertinggi yang mengambil kesempatan akan kelebihan individu dengan memberi ideologi songsang menyebabkan mereka menjadi alat terhadap ideologi tersebut dan melakukan tingkah laku di luar jangka,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhamad Nadzri berkata, masyarakat Islam perlu main peranan menentang Islamophobia dengan menunjukkan bahawa keganasan tidak boleh dibalas dengan keganasan malah menunjukkan kebaikan yang mampu menunjukkan sifat kebaikan masyarakat Islam.
"Sebagai contoh di India, kalau hari ini masjid dibakar esok kuil pula dibom. Jadi sampai bila isu akan selesai? Sepatutnya sebagai umat Islam kita harus membalas dengan cara memaafkan yang membuktikan Islam itu lebih bertamadun.
"Kita boleh ambil iktibar ahli keluarga mangsa terkorban dalam tembakan itu yang memaafkan perbuatan tersebut walaupun sukar untuk mereka menerima cara kehilangan orang yang mereka sayangi,” katanya.
Serangan Christchurch paparkan perilaku Islamophobia
28 NGO serah memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealand
Turki desak dunia hentikan 'keganasan Islamophobia