KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan program 'Sekolah Pemimpin Masa Hadapan' (Malaysia Future Leaders School) bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya berkata program itu yang menggunakan konsep"summer camp” akan diadakan pada musim cuti sekolah.
Menurutnya, kementerian menyasarkan 60,000 belia berumur 15 hingga 17 tahun akan disaring daripada jumlah sejuta belia bersekolah.
"Ia model yang berbeza daripada program PLKN sebab kita nampak ada kekurangan pada PLKN, sebab itu kita buat program baharu," katanya di Dewan Rakyat, malam tadi.
Katanya, nisbah pelajar yang akan dipilih dicadangkan terdiri daripada 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi, manakala 40 peratus adalah pelajar yang perlukan perhatian, di kalangan belia-belia berisiko.
"Program berkenaan akan diadakan di pusat-pusat milikan kerajaan contohnya pusat PLKN terdahulu," katanya.
Mengenai tapak sedia ada PLKN yang tidak lagi digunakan selepas program itu dimansuhkan, beliau berkata kebanyakannya yang merupakan milikan swasta telah ditamatkan kontrak di bawah klausa 36 kontrak-kontrak yang telah ditandatangani iaitu atas kepentingan negara.
"Sebahagian daripada tapak milikan swasta terutama di Sarawak akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menjadikannya sebagai Kem Rejimen Sempadan," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan berapa banyak tapak yang telah ditamatkan kontrak.
Mengenai aset dan peralatan PLKN sebelum ini, beliau berkata ia sedang diurus kementerian bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk proses pemindahan dan pelupusan. - Bernama