HULU TERENGGANU - Kerosakan akibat banjir luar jangka yang berlaku di Hulu Terengganu sejak Jumaat lalu menyebabkan Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS) menanggung kerugian hampir RM1 juta.
Pengurus TPNS, Mohd. Amran Awang berkata, antara yang terjejas teruk seperti kolam taman tema, Pusat Repisotori Kelulut Indo-Malaya, penginapan pengunjung, dewan makan, surau, tapak khemah, taman kanak-kanak, pendawaian elektrik serta beberapa kerosakan lain termasuk jalan serta hakisan tebing sungai.
Katanya, kemudahan penginapan dan dewan makan boleh memuatkan 300 orang, asrama pula memuatkan 200 pengunjung manakala tapak khemah memuatkan seramai 400 pengunjung.
"Kawasan di taman tema ini dinaiki air setinggi 2 meter (m) manakala ketinggian lumpur yang berada di dasar kolam renang ialah 0.5m. Keadaan ini menyukarkan kerja-kerja pembersihan dan akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.
"Taman tema ini sepatutnya dibuka hari ini (1 Mac) namun bencana yang melanda menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan. Kita jangka proses membaik pulih keseluruhan kawasan ini mengambil masa tiga bulan sebelum boleh dibuka kembali kepada orang ramai," katanya ketika ditemui media disini, pada Selasa.
Dalam pada itu, katanya, kerugian akibat kemusnahan Pusat Respiratori Kelulut dianggarkan RM300,000 manakala anggaran jalan rosak serta hakisan tebing sungai sepanjang 500 meter.
Mohd. Amran berkata, kerosakan yang berlaku kali ini yang terburuk pernah berlaku sepanjang dia berkhidmat di situ.
"Banjir besar pada 2014 pernah berlaku yang turut menenggelamkan kolam mandi ini namun tidak seteruk tahun ini kerana kita telah bina benteng pada 2017 untuk menahan air daripada melimpah ke kawasan ini.
"Kita akui ramai yang merancang bercuti dan beriadah di sini selepas ia ditutup sepanjang musim tengkujuh sejak November lalu," katanya.
Taman Pertanian Negeri Sekayu di daerah Hulu Terengganu, Terengganu yang sepatutnya dibuka pada 1 Mac terpaksa menangguhkan sementara operasi bagi proses baik pulih kerosakan akibat banjir besar di daerah itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Baca artikel DI SINI https://bit.ly/3hDoXiT
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian
" />