MELBOURNE - AUSTRALIA . Egg Boy atau nama sebenarnya, Will Connolly dilapor tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap senator Australia, yang menampar mukanya susulan insiden baling telur, tempoh hari.
"Klien kami tidak berhasrat membuat aduan atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap senator Fraser Anning," kata peguam Egg Boy, Peter Gordon kepada wartawan, semalam.
Iklan
Iklan
Remaja berusia 17 tahun itu diangkat menjadi 'hero' setelah membaling telur ke kepala Senator Anning yang mengeluarkan kenyataan jelik berhubung punca serangan pengganas di Christchurch tempoh hari.
Menurut Anning, serangan keganasan itu berpunca daripada kebimbangan ekoran kebanjiran komuniti Muslim selain kelemahan polisi imigresen New Zealand.
Dalam pada itu, Egg Boy juga secara tidak rasmi dinamakan sebagai 'Australian of the Year' susulan insiden baling telur tersebut dan juga kemurahan hati menderma wang kutipan yang diperolehinya kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch. - NZ HERALD