Mayat warga emas ditemui dalam parit selepas banjir surut

Iklan
Mayat Rahim Deraman, 69, dijumpai terapung dalam parit berhampiran Balai Polis Pasir Gajah. (Gambar hiasan), Hanyan Ramlan (Gambar kecil).

KEMAMAN - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di Kampung Pasir Gajah, di sini pada Selasa.

Mayat Rahim Deraman, 69, dijumpai terapung dalam parit berhampiran Balai Polis Pasir Gajah selepas air banjir surut kira-kira jam 10.15 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kehilangan Rahim hanya disedari selepas anaknya yang tinggal di Chukai meminta bantuan jiran melihat keadaan bapanya susulan banjir di kawasan berkenaan.

"Rumah mangsa tidak dinaiki air namun kerana bimbang keadaannya yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri, anak mangsa meminta tolong jiran pergi menjenguk bapanya, tetapi mangsa tidak ada di rumah.

Iklan

"Penduduk kemudian cuba mencari mangsa di kawasan sekitar namun gagal.

"Selepas banjir surut pagi tadi, mayat mangsa ditemui orang ramai di dalam parit yang terletak kira-kira 2 kilometer dari rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut Hanyan, mangsa dipercayai merayau di kawasan sekitar ketika banjir sebelum terjatuh di dalam parit.

Katanya, mayat warga emas itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.