Luton tak gentar berdepan Chelsea

Iklan
Jones. - Foto PA

PENGENDALI Luton Town, Nathan Jones menegaskan skuad kendaliannya itu tidak gentar untuk berdepan Chelsea pada aksi pusingan kelima Piala FA, pada Khamis.

Menurut Jones, biarpun beraksi di Stamford Bridge, skuad kendaliannya itu telah dinasihatikan untuk beraksi bersungguh-sungguh dan seterusnya mencipta kejutan ke atas The Blues.

Iklan
Iklan

"Kami tahu bagaimana untuk bermain bola sepak dan kami tidak akan melakukan perubahan besar-besaran untuk berdepan Chelsea ini.

"Kami sememangnya menghormati Chelsea, tetap dalam masa sama kami juga berazam untuk menewaskan mereka.

Iklan

"Walaupun di atas kertas, ia nampak sukar, tetapi kami akan tetap mencuba dan kami percaya sekiranya tuah menyebelahi kami kejutan akan berlaku pada perlawanan ini,” katanya.

Untuk rekod, Luton yang beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan dijangka menurunkan kesebelasan terkuat berdepan Chelsea dalam usaha merealisasikan kemenangan ke atas The Blues.

Iklan

Sementara itu Jones menyifatkan skuad The Hatters itu kini dilihat memiliki barisan terbaik bagi mengharungi perlawanan berkenaan dan seterusnya menjamin slot ke saingan suku akhir kelak.

Justeru katanya, kesemua pemain diminta untuk memberikan aksi terbaik selain meminimumkan kesilapan di sepanjang perlawanan bagi menjamin kemenangan yang diharap-harapkan.

"Chelsea adalah pasukan yang bagus, tetapi musim ini kami juga memiliki pemain-pemain yang berkualiti bagi memperkuatkan pasukan.

"Oleh itu, kami akan memberikan aksi terbaik di sepanjang perlawanan dan cuba untuk merobek gawang lawan bagi memastikan kemenangan,” katanya.