Kelab Jerman bincang akhiri jalinan dengan syarikat tenaga Rusia

Iklan
Schalke 04

KELAB Jerman, Schalke 04 dalam perbincangan dengan syarikat tenaga Rusia, Gazprom bagi membatalkan perkongsian bersama lebih awal daripada jadual.

"Pengurusan dan lembaga penyeliaan sedang berbincang dengan wakil penaja utama, maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Keputusan itu tidak menjejaskan keupayaan kewangan Schalke, yang kini bermain di Bundesliga 2 Jerman selepas disingkir daripada Bundesliga 2020-21,” kata Schalke di Twitter.

Kelab itu sebelum ini telah pun menanggalkan logo Gazprom daripada jersi berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Iklan
Iklan

Awal minggu lalu, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memindahkan perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun ini ke Paris dari St Petersburg yang dijadualkan sebelum ini berlangsung di Arena Gazprom, venue kepada kelab Liga Perdana Rusia, FC Zenit.