Leeds United lantik Marsch ganti Bielsa

Iklan
Jesse Marsch - Foto AFP

KELAB tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United mempertaruhkan pengalaman pengendali dari Amerika Syarikat, Jesse Marsch sebagai pengurus baharu menggantikan Marcelo Bielsa, dalam misi mengelakkan terjerumus di zon penyingkiran.

Pengendali berusia 48 tahun yang berpengalaman mengemudi RB Leipzig itu tiba di Elland Road menjadi taruhan terbaik The Whites yang ketika ini berada di kedudukan dua mata di atas zon penyingkiran.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah Bolasepak Leeds United, Victor Orta, Marsch masih menanti pengesahan antarabangsa diikat kelab menerusi perjanjian hingga Jun 2025 akan mengetuai kelab itu berdepan Leicester City dalam aksi liga di Stadium King Power pada Sabtu.

"Kami ada perancangan jangka panjang dan percaya Marsch boleh membawa Leeds United ke tahap seterusnya,” kata Orta.

Iklan
Iklan