Amira Aisya kecam tindakan politik kotor sabotaj 'billboard'

Iklan
Papan iklan untuk kempen PRN Johor milik calon Muda DUN Puteri Wangsa di lokasi Jalan Sasa 6, Taman Gaya dan Jalan Ayu 17, Taman Pelangi Indah dilaporkan telah jatuh dan rosak. (Gambar kecil: Amira Aisya)

JOHOR BAHRU - Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz mengecam perbuatan khianat atau politik kotor sesetengah pihak terhadapnya pada Isnin.

Beliau merupakan Setiausaha Agung Muda, berkata, tindakan itu melibatkan dua 'billboard' (papan iklan) miliknya telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Susulan itu, Amira Aisya berkata, pihaknya telah membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Pelangi Indah.

"Saya tidak kisah kalau rugi ataupun terpaksa ganti yang baru.

Iklan

"Cuma berharap agar politik kotor ini tidak diteruskan lagi. Muda harap rakyat Johor tolak politik kotor dan khianat ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, dua papan iklan untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor milik calon Muda DUN Puteri Wangsa di lokasi Jalan Sasa 6, Taman Gaya dan Jalan Ayu 17, Taman Pelangi Indah dilaporkan telah jatuh dan rosak.

Iklan