Gelombang Omicron: Kerajaan tidak laksanakan sekatan besar-besaran

Iklan
Hishammuddin

SHAH ALAM - Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan secara besar-besaran atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berikutan gelombang Omicron.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana ramai rakyat telah menerima vaksinasi lengkap.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih 97.5 peratus dewasa menerima dua dos vaksin dan 62 peratus daripadanya telah menerima dos penggalak.

Tambahnya, sebanyak 90 peratus remaja juga telah divaksin malah program vaksinasi untuk kanak-kanak giat dilaksanakan.

Iklan

"Vaksinasi tidak boleh menghalang seseorang daripada dijangkiti Covid-19, namun ia merupakan langkah keselamatan yang amat penting bagi mengurangkan gejala lebih teruk dan mengurangkan risiko kematian.

"Mengambil kira data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin berkesan dalam mengurangkan risiko berkenaan.

Iklan

Atas sebab itu, kerajaan amat menggalakkan rakyat untuk segera mendapatkan dos penggalak terutama golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mempunyai sakit kronik.

"Penting untuk seramai mungkin rakyat termasuk kanak-kanak divaksin kerana kita tidak akan benar-benar selamat selagi semua orang belum selamat,” katanya semasa sidang akhbar Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, hasil pemantauan rapat terhadap penularan varian Omicron, bilangan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian akibat Covid-19 ialah 80 hingga 90 peratus lebih rendah berbanding pelaporan pada Ogos tahun lalu walaupun kes lebih tinggi ketika ini.

"KKM akan terus memantau ‘decoupling trend’ ini untuk dua minggu mendatang untuk melihat sama ada ia berkekalan atau berubah untuk diambil kira dalam melaksanakan kelonggaran-kelonggaran tambahan pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 berkata, kadar penggunaan katil di ICU dan alat bantuan pernafasan masih mencukupi.

"Diakui kadar penggunaannya sedikit meningkat, namun seperti dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ia disebabkan sebahagian pesakit Covid-19 kategori satu dan dua dinasihatkan untuk menjalani isolasi di hospital bagi mendapatkan pemantauan lebih rapi,” katanya.