Enakmen anti lompat parti perkara pertama dilakukan kerajaan BN Johor

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) akan memastikan enakmen anti lompat parti perkara pertama dilaksanakan sekiranya menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu adalah salah satu inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri dalam teras Reformasi Politik bagi memastikan kerajaan Johor diwujudkan selepas ini kekal stabil.

Iklan
Iklan

"Dalam Ikhtiar Reformasi Politik, kita jelas akan memperkenalkan enakmen anti lompat parti.

"Ini adalah agenda pertama kita akan lakukan sebaik sahaja kita ambil alih kerajaan dan menerima mandat daripada rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir membentangkan lima teras utama manifesto BN bagi PRN Johor di Pejabat UMNO Johor di sini, pada Selasa. Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagi mengekalkan kestabilan politik Johor, Hasni memberitahu, Kerajaan BN yang akan ditubuhkan juga akan meneruskan pemberian peruntukan tahunan bernilai RM200,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Iklan

"Usaha ini untuk memastikan keberkesanan khidmat wakil rakyat yang mana kita tidak mahu ada rakyat yang terkesan kerana kawasan mereka adalah pembangkang.

Pemberian peruntukan ini juga dilihat akan membantu dalam proses semak dan imbang kerajaan yang lebih kukuh," katanya.

Dalam pada itu, Hasni yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut berkata, BN juga akan melaksanakan persempadanan semula kawasan ADUN bagi mengimbangi jumlah pengundi terlalu ramai.

"Kalau 100,000 rakyat adalah mustahil untuk satu ADUN, jadi jika menjadi kerajaan kita akan cadangkan untuk membuat semula persempadanan.

Ini juga adalah bagi memastikan peruntukan diberikan kerajaan mampu menampung sepenuhnya jumlah rakyat di kawasan mereka dengan adil," katanya.