30 PPS dibuka tempatkan 8,678 mangsa banjir di Kelantan

Iklan
Sebahagian kenderaan yang diparkir di hadapan rumah tidak sempat dialihkan ke tempat lebih selamat, lantas tenggelam dalam banjir ketika tinjauan di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas pada Isnin.

KOTA BHARU - Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kelantan berkurangan kepada 30 buah berbanding 47 pada awal pagi Selasa.

Menurut portal Info Bencana JKM, sehingga jam 7 malam, seramai 8,678 orang dipindahkan ke 30 PPS di empat daerah iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Iklan
Iklan

Jumlah tersebut adalah melibatkan 2,895 keluarga yang terdiri daripada 5,421 dewasa, 3,036 kanak-kanak, 221 bayi, 416 warga emas dan 42 orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, sehingga jam 7 malam, satu sungai utama masih di paras amaran iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dengan bacaan 22.57 meter.

Iklan

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah, namun kawasan-kawasan berisiko terutamanya di Tumpat kini dilimpahi air.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk berpindah dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.

Iklan