KUALA LUMPUR - Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu (5 Mac) dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.