SHAH ALAM - Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mendakwa lebih 100 kes penipuan telah dikesan menggunakan identitinya sejak tahun lepas.
Menurut beliau yang juga suami kepada penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi, pihak tidak bertanggungjawab itu dikenal pasti melakukan aktiviti penipuan berkaitan skim-skim pelaburan.
Beliau berkata, syarikatnya tidak pernah membenarkan mana-mana pelanggan untuk membayar sebarang pelaburan atau sebagainya di bawah syarikatnya secara tunai.
"Jika bukan AUF MBZ, ia adalah 'scammer'. Jangan percaya. Sekarang ini memang ramai yang gunakan muka saya untuk menipu. Muka isteri saya tidak gunakan tetapi mereka hanya gunakan muka saya.
"Sebarang bentuk simpanan, perlindungan dan pelaburan yang berkaitan dengan pihak kami adalah berdaftar dan sah.
"Modus operandi mereka senang sahaja. Dia cuma minta RM400 dan kata akan dapat pulangan yang berlipat ganda. Paling banyak yang kami terima adalah kena tipu RM10,000,” katanya dalam satu siaran langsung di Facebooknya pada Selasa.
Jelas beliau, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial namun masih tiada tindakan susulan diambil.
"Saya telah buat laporan dari hujung tahun lepas sehingga minggu lepas. Memang dah banyak kita kena.
"Setakat sekarang, lima laporan polis di balai berlainan telah kami buat. Lebih 100 scammer telah kami kesan. Setakat ini, masih belum ada yang tertangkap,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dengan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan agar tidak dijadikan mangsa penipuan.
"Sebelum melabur kena berjaga-jaga. Ambil sedikit masa semak dahulu sama ada orang itu betul atau 'scammer'. Hubungi kami terlebih dahulu dan kami akan beri nasihat yang terbaik.
"Sama-samalah kita membanteras 'scammer' di luar sana,” ujarnya.