Ikhtiar BN bina masa depan, kestabilan Johor

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor merupakan manifesto yang realistik, berwibawa dan bertanggungjawab, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ia juga adalah manifesto yang menyeluruh untuk membina masa depan dan kestabilan terhadap negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia tidak menjanjikan bulan dan bintang sepertimana manifesto Pakatan Harapan (PH) yang terbukti gagal ditunaikan.

"Ikhtiar BN Johor ialah manifesto yang menyeluruh untuk membina masa depan dan kestabilan negeri Johor,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, ikhtiar tersebut menunjukkan BN mempunyai visi dan misi yang lebih jelas untuk memajukan negeri Johor.

"Lesen bank digital dan penubuhan Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC) misalnya menunjukkan masa depan Johor akan lebih cerah di bawah BN,” ujarnya.

Iklan

Tambah beliau, ikhtiar tersebut menyerlahkan kepimpinan BN yang prihatin terhadap pembinaan sosio ekonomi, sosio budaya dan sosio politik yang matang dan berprestasi.

"Ternyata inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat dan bangsa Johor untuk bergerak hadapan.

"Ikhtiar BN Johor bersifat inklusif turut melibatkan penyertaan orang muda, reformasi ekonomi, sosial dan politik sebenar. Ayuh bangsa Johor, bangkitlah bersama BN Johor,” jelasnya.