SHAH ALAM - Satu kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Jawa, Indonesia jam 11.12 malam pada 1 Mac.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 135km dari Tasikmalaya, Indonesia.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.