Putin tandatangani dekri langkah-langkah jamin kestabilan kewangan

Iklan
Putin

MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri yang memperkenalkan langkah-langkah ekonomi sementara bagi memastikan kestabilan kewangan negara, umum Kremlin pada Selasa.

Langkah-langkah itu akan dilaksana sebagai tindak balas terhadap sekatan anti-Rusia oleh Amerika Syarikat, negara lain dan organisasi antarabangsa, menurut dekri itu.

Iklan
Iklan

Antara langkah itu, Rusia akan mengharamkan aliran keluar mata wang asing dalam jumlah yang melebihi nilai bersamaan AS$10,000 mulai Rabu, lapor Xinhua.

Berkuatkuasa Rabu, sekatan berhubung urus niaga sekuriti, hartanah dan pinjaman akan dikenakan ke atas warga asing yang dikaitkan dengan negara yang telah mengambil tindakan anti-Rusia.

Iklan

Pada Isnin, Putin juga menandatangani dekri yang memperkenalkan"langkah ekonomi khas" untuk mengurangkan kesan gelombang baharu sekatan Barat di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine. - Bernama

Iklan