KAJANG - Polis menahan dua lelaki yang memiliki 16 peket plastik dadah syabu dan heroin di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Semenyih di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Semenyih menahan kedua-dua suspek berusia 30-an itu pada jam 2.30 petang.