Pelajar tingkatan empat maut kemalangan

Iklan
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

KUALA PILAH - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 11, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, dekat Juasseh, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa Muhammad Helmi Hussin, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 secara bersendirian dari arah Terentang, Batu Kikir, Jempol menghala ke Kuala Pilah.

"Namun sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa melalui selekoh dan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

Iklan

"Akibat kejadian itu mangsa yang beralamat di Kampung Terentang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk tindakan lanjut.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.