Muip taja enam individu di Pahang tunai umrah

Iklan
Individu yang menerima tajaan mengerjakan ibadah umrah dari Muip sudah berada di tanah suci pada Selasa. - Foto ihsan Muip

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menaja seramai enam individu di Pahang untuk menunaikan ibadah umrah selepas tertangguh selama hampir dua tahun susulan penularan wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sebanyak RM56,660 telah dibelanjakan bagi tujuan itu pada setiap tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, peserta ditaja terdiri daripada pendakwah dalam kalangan orang asli yang bergiat aktif melaksanakan kerja-kerja dakwah di negeri ini.

"Kita setiap tahun menyediakan peruntukan untuk menaja enam hingga tujuh individu termasuk pegawai pengiring dari Muip yang telah dikenal pasti.

Iklan

"Kali ini, enam individu terpilih terdiri daripada penyelaras dari Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA), Penggerak Masyarakat Orang Asli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ), Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) serta Muip," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, program tajaan umrah ini dilaksanakan setiap tahun dengan memilih individu yang menyumbang khidmat mereka pada program dakwah di negeri ini.

Iklan

Jelasnya, pemilihan itu dibuat berdasarkan komitmen atau sokongan mereka dalam program dakwah yang dianjurkan oleh pihak Muip.

"Program tajaan umrah ini adalah satu penganugerahan kepada mereka yang giat berdakwah selain dapat memberi semangat kepada individu lain untuk meneruskan usaha dakwah mereka pada masa akan datang," katanya.