IPOH - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak Januari lepas.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu daripada bapanya di Balai Polis Chemor pada 21 Januari, selepas remaja berkenaan tidak pulang ke rumah seharian.