Jangan jadikan Johor ‘makmal’

Iklan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

SHAH ALAM- Johor tidak seharusnya menjadi ‘makmal’ oleh mana-mana pihak kerana tempoh lima tahun mendatang adalah masa yang kritikal dalam pemulihan ekonomi negeri yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan agenda yang mahu dibawa oleh parti-parti yang bertanding dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Johor kali ini sangat penting kerana jangkaan dan harapan rakyat negeri ini sangat tinggi.

Menurutnya, selepas Barisan Nasional (BN) kalah dan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih serta ditambah dengan pandemik Covid-19, keadaan ekonomi Johor sangat merosot.

Iklan

"Kita sangat rugi kerana sebelum ini tidak banyak yang dilakukan di Johor. Kita tak mempunyai cukup masa, lebih-lebih lagi dalam keadaan berdepan dengan pelbagai cabaran.

"Lima tahun bukanlah masa yang panjang untuk kita lakukan percubaan dan menjadikan Johor sebagai ‘makmal’. Atas sebab itu, apakah agenda yang mahu dibawa oleh parti sangat penting. Bagi BN, kita telah lancarkan ‘Ikhtiar BN Johor’, yang mana matlamatnya ialah menjadikan Johor sebuah negeri yang makmur dan disokong oleh naratif baharu politik yang matang dan stabil.

Iklan

"Kita tak malu untuk panggilnya manifesto kerana kita tak pernah ‘kencing’ sesiapa tapi kita panggilnya ikhtiar untuk tunjukkan kesungguhan dan komitmen dan apa yang nak kita lakukan,” katanya sewaktu menjadi jemputan dalam Program Minda Profesor Negara (MPN), yang bertajuk ‘PRN Johor: Apakah makna kepada masa depan pengundi?’ yang diadakan secara dalam talian.

Program itu dikendalikan Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Penganalisis Politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid.

Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar jika menang dalam PRN kali ini, berbanding parti lain yang belum menamakannya.

"BN daripada awal sudah menyatakan Datuk Hasni adalah calon menteri besar kerana kita pasti dan yakin dengan apa yang beliau telah buat dan kalau BN menang, kita akan lakukan kesinambungan kepada usaha-usaha ini.

"Parti lain pun masih belum berani menamakan calon menteri besar. Mungkin yang ada pun, Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal tapi itu pun PN tidak berani menamakannya sebagai calon.

"Adakah ia mencerminkan bahawa beliau gagal semasa menjadi menteri besar dahulu? Kenapa teragak-agak? Kalau dia tak namakan Dr Sahruddin, maknanya betullah dan wajar beliau ditukar dahulu. Tapi, kalau betul Dr Sahrudin, kenapa tak dinamakan sekarang? Itu juga menunjukkan mereka belum selesai perkara ini,” katanya.