Bantuan banjir sehingga RM10,000 kekal: PM

Iklan
Ismail Sabri (tengah) bertanya sesuatu kepada mangsa banjir yang berada di PPS Batu 23, Hulu Terengganu pada Rabu.

HULU TERENGGANU - Kerajaan bersetuju mengekalkan jumlah bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir sebagaimana diumumkan ketika gelombang pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penduduk yang terkesan banjir di Terengganu dan Kelantan ketika ini akan menerima bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah.

Iklan
Iklan

"Maksudnya selain wang ihsan RM1,000, mangsa banjir akan dapat bantuan membeli barangan keperluan rumah dan baiki kediaman, pembelian peralatan elektrik dan baik pulih kenderaan sebagaimana saya umum dulu.

"Kalau campur semua hampir RM10,000 dan perinciannya akan saya maklum nanti," katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23 yang didiami 272 mangsa banjir di Kuala Berang di sini pada Rabu.

Iklan

Pada kunjungan itu, Perdana Menteri yang tiba di PPS pada jam 2.15 petang turut mengambil peluang bertanya khabar keadaan mangsa terjejas banjir dan menyampaikan bantuan kepada 76 ketua isi rumah berada di sana.

Sementara itu, seorang penerima, Rohani Mat Amin, 56, dari Kampung Batu 23 meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diterima selepas rumahnya terjejas teruk akibat banjir pada Sabtu lalu.

Iklan

Katanya, semua barang dan kelengkapan rumahnya musnah serta tidak dapat diselamatkan walaupun sudah diletakkan di tempat tinggi berikutan paras air mencecah bumbung rumah.

"Walaupun sedih saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat. Hari ini, Perdana Menteri sendiri datang beri bantuan dan saya berterima kasih atas keprihatinan beliau," katanya.