Hujan lebat, ribut petir di lima negeri

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang di kebanyakan negeri sehingga malam Rabu.

Dalam kenyataannya pada Rabu, keadaan itu dijangka berterusan sehingga jam 8 malam di Kedah melibatkan Sik dan Baling serta Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama dan Hulu Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat).

Iklan
Iklan

Keadaan sama juga dijangka berlaku sehingga jam 7 malam, melibatkan Perak (Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Maran).

Selain itu, ia membabitkan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Iklan

Keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di Sarawak sehingga jam 7 malam, membabitkan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

Turut terkesan, Sabah iaitu di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan.

Iklan