SPR pinda, tambah baik SOP PRN Johor

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Rabu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu untuk parti-parti politik berkempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SPR memaklumkan, ketetapan baharu itu memberi sedikit kelonggaran dan kebenaran yang melibatkan pindaan serta tambahan kepada SOP.

Iklan
Iklan

"Ceramah, syarahan atau kempen dibenarkan diadakan di dalam dan di pekarangan pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi.

"Jumlah kehadiran pula tidak melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang mengikut mana yang terendah, bagi memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.

Iklan

"Jumlah tersebut termasuk penganjur, urus setia, penceramah dan peserta," menurut kenyataan dikeluarkan SPR itu.

Selain itu, SPR memberitahu, ceramah yang diadakan tidak boleh melebihi pukul 12 tengah malam dan tidak dibenarkan diadakan di premis yang terbuka atau tempat umum.

Iklan

Ketetapan SOP pencegahan Covid-19 itu kata SPR, dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut SPR lagi, pindaan dan tambahan SOP berkenaan berkuat kuasa serta merta.

SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.