Langgar SOP: Amanah Johor sifatkan tindakan 'double standard'

Iklan
Dzulkefly

ISKANDAR PUTERI - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menyifatkan tindakan penguat kuasa mengenakan kompaun terhadap penganjur program Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Selasa sebagai 'double standard' atau berat sebelah.

Timbalan Pengerusinya, Dzulkefly Ahmad berkata, PH dikenakan tiga kompaun bernilai RM3,000 pada Selasa tanpa teguran dan amaran terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Kita minta SOP PRN Johor dilaksanakan dengan adil antara pembangkang dan parti pemerintah kerana kita lihat ada program-program Barisan Nasional (BN) yang disiarkan media sosial pun secara jelas dan mempunyai video tiada penjarakan sosial, berucap pun tidak pakai pelitup muka," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, penganjur ceramah mega pertama anjuran PH di Bilik Gerakan Amanah Kota Iskandar, di Taman Mutiara Rini dikenakan kompaun melibatkan kesalahan tidak menyediakan laluan keluar masuk, penceramah tidak memakai pelitup muka semasa berceramah serta tiada penjarakan sosial.

Iklan

Dzulkefly yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar berkata, SOP PRN perlulah mempunyai justifikasi dan munasabah serta praktikal di samping penguat kuasa menggunakan budi bicara termasuk mengambil tindakan terus menegur kesalahan di lokasi dan bukannya bertindak selepas majlis berakhir.

Katanya, pelaksanaan SOP juga perlulah adil antara pembangkang dan parti pemerintah dengan mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Iklan

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai tiga kompaun yang dikenakan, beliau memberitahu bahawa pihaknya boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun.

"Menurut wakil penguat kuasa, walaupun kompaun sudah dikeluarkan PH boleh membuat rayuan terhadap kompaun berkenaan," katanya.