ITF gantung Rusia, Belarus

Iklan
ITF mengumumkan penggantungan serta-merta keahlian Persekutuan Tenis Rusia dan Persekutuan Tenis Belarus. - Foto AFP

PERSEKUTUAN Tenis Antarabangsa (ITF) mengumumkan penggantungan serta-merta keahlian Persekutuan Tenis Rusia dan Persekutuan Tenis Belarus.

Mereka juga digantung daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa sehingga dimaklumkan.

Iklan
Iklan

"ITF kekal berhubung rapat dengan Persekutuan Tenis Ukraine dan berdiri dalam solidariti dengan rakyat Ukraine," kata ITF dalam satu kenyataan.