Mangsa banjir di Kelantan menurun

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini semakin berkurang iaitu 8,107 berbanding lebih 9,000 pada Rabu.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 8 pagi Khamis, sebanyak 21 PPS dibuka melibatkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat dengan menempatkan 2,664 keluarga.

Iklan
Iklan

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah dan tidak mengalami hujan, namun kawasan-kawasan berisiko masih lagi dilimpahi air.

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, sehingga jam 8 pagi Khamis, tiada sungai yang mencatatkan paras bahaya dan bacaan sungai-sungai utama juga berada di paras normal.

Iklan
Iklan

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.