Perabot tak dapat, wang simpanan RM42,878 lesap

Iklan
Tindakan seorang wanita membuat pembayaran melalui pautan diberikan bagi pembelian perabot murah membawa padah apabila wang simpanannya lesap. (Gambar kecil: Mohd Wazir)

KUANTAN - Tindakan seorang wanita membuat pembayaran melalui pautan diberikan bagi pembelian perabot murah membawa padah apabila wang simpanan RM42,878 daripada akaunnya lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 48 tahun melihat satu iklan di laman sosial Facebook, Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai berminat membeli set meja makan yang ditawarkan pada harga RM180 dan segera menghubungi suspek.

"Mangsa diminta membuat pembayaran melalui pautan diberikan suspek dan tanpa rasa curiga mangsa menekan pautan tersebut.

Iklan

"Wanita itu memasukkan maklumat akaun termasuk kata laluan pada pautan terbabit untuk pembayaran set kerusi tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaskan, mangsa kemudiannya menyemak akaun banknya dan mendapati wang simpanannya hilang sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pada petang Rabu.

Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, modus operandi ialah suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan perabot murah sehingga mangsa mengalami kerugian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda," katanya.