Pau Mira Frozen Food

Iklan
Pekerja Pau Mira Frozen Food melakukan kerja-kerja penyusunan pau-pau yang dihasilkan menggunakan mesin khas ketika tinjauan di Kilang Pau Mira Frozen Food Sdn Bhd, Kampung Tanah Merah, Pagoh.

Pau Mira yang diasaskan oleh pemiliknya Misnan Ramijo pada 2003 bermula sebagai sebuah perniagaan kecil di tepi jalan dengan berbumbungkan sekaki payung di Kampung Tanah Merah, Pagoh.

Namun kini Pau Mira adalah antara pau yang terkenal di Malaysia dan menjadi tarikan utama buat pengunjung dI daerah itu.

Syarikat itu turut membekalkan produk pau sejuk beku yang bermula dengan harga RM9.50 untuk sebungkus Pau Kaya sejuk beku dan ia turut memiliki beberapa perisa seperti Pau Kacang Merah, Pau Kelapa, Pau Coklat, Pau Kaya Pandan, Pau Kari Ayam dan Pau Kari Daging serta terdapat beberapa cawangan dan stokis di sekitar Malaysia. - Foto Bernama