Hanya tukar nama Bukit St Paul, bukan sejarah

Iklan
Pertukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya iaitu Bukit Melaka sama sekali tidak menukar sejarah.

MELAKA - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Khamis sedikit panas apabila isu pertukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya Bukit Melaka, ditimbulkan.

Isu itu dibangkitkan Leng Chau Yen (DAP-Bandar Hilir) yang mempersoal tindakan penukaran nama tersebut, kerana didakwa sebagai satu cubaan untuk menukar sejarah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis bangun dan menjawab soalan berkenaan dengan menjelaskan, pertukaran nama itu adalah berikutan Bukit Melaka merupakan nama asal yang termaktub dalam sejarah Melayu Melaka, sebelum ketibaan penjajah.

Muhammad Jailani (BN-Rembia) berkata, pertukaran nama itu juga sama sekali tidak menukar sejarah, bahkan nama gereja Bukit St Paul yang terdapat di bukit berkenaan turut dikekalkan.

Iklan

"Pada saya pertukaran nama itu merupakan satu penambahan nilai kepada Melaka. Kenapa kita mahu ikut nama yang diberikan penjajah? Jika di Beijing, nama penjajah dihapuskan. Kenapa kita tak mahu bangga jadi bangsa Melaka?

"Perspektif Yang Berhormat (Bandar Hilir) kena betul. Kita kena berjiwa Malaysia, bukan berjiwa penjajah. Saya minta Yang Berhormat Bandar Hilir belajar sejarah dahulu sebelum mencaci,” katanya.

Iklan

Beliau sebelum menjawab soalan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) yang bertanya mengenai usaha dan inisiatif kerajaan Melaka untuk membantu pembangunan perusahaan kecil dan sederhana, khususnya yang terlibat dengan penghasilan produk yang menjadi daya tarikan sektor pelancongan Melaka.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Muhammad Jailani berkata proses penukaran nama itu dijangka dapat direalisasikan tahun ini.

Beliau berkata ini kerana proses penukaran nama itu masih di peringkat kajian, selain sedang mengenalpasti beberapa sumber sejarah yang perlu diketengahkan, sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

"Kita tidak tukar sejarah, tetapi tukar landskap yang akan menunjukkan identiti bangsa Melaka. Ini akan menimbulkan tanda tanya dan seterusnya menarik pelancong ke Melaka,” katanya.

Katanya sejarah sesuatu peradaban perlu dikaji sebelum melakukan sesuatu perubahan, dan kerajaan negeri tidak akan menyentuh elemen-elemen agama atau bangsa kerana ia adalah juga adalah satu warisan negara.

"Penukaran nama kepada nama asal bukan perkara baharu bahkan telah banyak dilakukan di negara ini, seperti jalan JWW Birch di Selangor yang ditukar kepada Jalan Datuk Maharajalela,” katanya. - Bernama

dewan, melaka, bukit st paul, bukit melaka, sejarah