Tukang masak maut digilis

Iklan
Motosikal mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri. (Kanan: Lokasi kejadian. )

GOMBAK - Seorang tukang masak maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 441.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi, mangsa dikenali Basori Nanyan menunggang bersendirian dari arah utara menghala ke selatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y15 yang dipandu mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan di tengah lebuh raya.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 41 tahun itu telah tercampak ke laluan bersebelahan bertentangan.

Iklan

"Mangsa digilis beberapa kenderaan," katanya kepada Sinar Harian.

Samsor berkata, siasatan di lokasi kejadian terdapat kesan cebisan mayat mangsa sepanjang kira-kira 50 meter.

Iklan

Katanya, motosikal mangsa dijumpai di laluan kecemasan arah selatan dipercayai telah dialihkan selain terdapat kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri.

"Usaha mengesan saksi bebas masih dijalankan dan polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau mengetahui kejadian untuk tampil membantu siasatan.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.