Pantai peranginan Port Dickson

Iklan


Sebuah jentera pembersih pantai (Beach Comber) melakukan pembersihan di permukaan pasir pantai di sekitar Pantai Saujana bagi memastikan kawasan pantai peranginan di Port Dickson berada dalam keadaan bersih.

Orang ramai yang melancong ke lokasi pelancongan diingatkan agar menjaga kebersihan dan peka dengan perubahan keadaan cuaca berdasarkan ramalan cuaca yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa. - Foto Bernama