Pejuang tak akan namakan calon MB

Iklan
Dr Mahathir (dua dari kanan) pada sidang akhbar selepas Program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam pada Khamis.

AYER HITAM - [DIKEMAS KINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan menamakan calon Menteri Besar Johor daripada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, parti itu mempunyai beberapa calon bertanding pada masa ini yang mampu memegang jawatan Menteri Besar Johor.

Iklan
Iklan

"Saya harap rakyat akan memberikan kemenangan kepada kita. Maka pada masa itu kita akan namakan Menteri Besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan kemungkinan untuk bergabung dengan parti lain sekiranya menang untuk membentuk kerajaan negeri Johor.

Iklan

"Ada parti lain sebulu dengan kita yang berpegang kepada prinsip haramkan rasuah.

"Kalau mereka berpegang kepada prinsip yang sama, kita rela bekerjasama dengan mereka untuk mencukupkan bilangan supaya kita dapat tubuhkan kerajaan,” jelasnya.

Iklan