Ramli janji pangku tugas sebaik mungkin

Iklan
Ramli memangku tugas Timbalan Speaker di Dewan Rakyat

CAMERON HIGHLANDS - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berjanji untuk memangku tugas sebagai Timbalan Speaker di Dewan Rakyat sebaik mungkin.

Menurutnya, atas arahan Pengerusi Majlis (Speaker) Dewan Rakyat untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Speaker, ia merupakan satu pengiktirafan badan tertinggi perundangan negara bahawa orang asli Semenanjung mampu melaksanakan tugas tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia bagi memastikan perjalanan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Malaysia berjalan lancar dan Parlimen merupakan tempat semua permasalahan rakyat dapat dibincangkan oleh wakil rakyat mereka.

"Atas kapasiti diri sendiri, saya berterima kasih kepada Barisan Nasional/ UMNO atas kepercayaan mencalonkan saya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan melaksanakan tanggungjawab tersebut sebaiknya dengan penuh berintegriti dan saksama atas prinsip kebebasan bersuara serta keperluan berhemah semasa membincangkan sebarang usul demi kepentingan rakyat.

"Moga ALLAH SWT permudahkan dan memimpin saya melaksanakan tugas ini dengan adil dan saksama," tambahnya lagi.

Iklan