Cuaca cerah, hanya 5,315 mangsa masih di PPS

Iklan
Keadaan rumah penduduk Kampung Lachang, Rantau Panjang yang masih ditenggelami banjir ketika tinjauan hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini semakin berkurang kepada 5,315 berbanding 8,107 orang pada pagi Khamis.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 6 petang, sebanyak 18 PPS dibuka melibatkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat dengan menempatkan 1,751 keluarga.

Iklan
Iklan

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah dan tidak mengalami hujan, namun kawasan-kawasan berisiko masih lagi dilimpahi air.

Namun rata-rata penduduk kampung sudah mula kembali ke rumah masing-masing untuk mengemas rumah selepas ditenggelami air.

Iklan

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, sehingga jam 8 pagi Khamis, tiada sungai yang mencatatkan paras bahaya dan bacaan sungai-sungai utama juga berada di paras normal.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.

Iklan