Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Khamis. - Foto Facebook Istana Negara

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra Kabinet di Istana Negara, pada Khamis.

Melalui perkongsian Facebook Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Ismail Sabri untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Khamis. - Foto Facebook Istana Negara

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka Baginda.