UiTM FC guna kudrat lokal hadapi Liga-M

Iklan
Pemain UiTM FC bergambar pada Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Bola Sepak UiTM FC Bagi Musim 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Selasa. - Foto Bernama

PASUKAN Liga Premier, UiTM FC mengikut jejak langkah Petaling Jaya City FC yang akan menggunakan kudrat tempatan bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua jurulatihnya, Ismail Ibrahim berkata, beliau yakin mampu membina sebuah pasukan mantap menggunakan khidmat-khidmat pemain sedia ada yang hampir kesemuanya merupakan pelajar UiTM.

Iklan
Iklan

”Dengan pelancaran jersi baharu, pengurusan baharu, saya harap pemain-pemain juga dapat semangat baharu.

"Bagi musim ini, kita akan pakai pemain tempatan di mana kesemuanya merupakan pelajar. Malah ada yang bukan pelajar sebelum ini, kita bagi peluang untuk mereka sambung belajar kiranya bermain sambil belajar.

Iklan

"Jadi saya harap semua pemain akan bersemangat bagi menghadapi musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Bola Sepak UiTM FC Bagi Musim 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sasaran UiTM FC bagi musim ini, beliau memberitahu tiada sasaran spesifik ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Bagaimanapun, beliau dan pemain akan cuba memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan pada musim ini supaya dapat kekal bermain di Liga Premier musim hadapan.

"Buat masa ini kita tidak meletakkan sasaran yang spesifik untuk pasukan UiTM FC.

"Bagaimanapun kita akan cuba buat yang terbaik pada setiap perlawanan yang kita turun bermain,” katanya.