Pandemik perkukuh hubungan Singapura-Malaysia

Iklan
Singapura mengekalkan hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia dan hubungan dua hala diteruskan secara formal dan tidak formal sepanjang pandemik. - Gambar hiasan

SINGAPURA - Singapura menyifatkan hubungannya dengan Malaysia semasa pandemik diperkukuh lagi oleh perkongsian pengalaman masing-masing tentang Covid-19.

Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata, demikian semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan di Parlimen pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya ingin memberitahu anda bahawa kita telah mengekalkan hubungan yang sangat rapat dengan jiran terdekat, Malaysia dan hubungan dua hala diteruskan secara formal dan tidak formal sepanjang pandemik.

"Menteri kita berkomunikasi melalui WhatsApp, surat, panggilan telefon, dan panggilan video. Dan yang paling penting, sentiasa ada untuk satu sama lain ketika diperlukan,” katanya.

Iklan

Kedua-dua pihak masih dapat memudahkan pergerakan yang selamat untuk barangan, perkhidmatan dan manusia, malah, perdagangan barangan dan perkhidmatan meningkat pada 2021.

"Kita bekerjasama erat dengan Malaysia untuk memulihkan ketersambungan, melancarkan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) untuk perjalanan darat dan udara pada 29 Nov 2021, dan membantu memulihkan beberapa urusan lain yang melibatkan sebahagian kecil daripada apa yang disaksikan semasa pra-pandemik, aliran pelancong dan ahli perniagaan,” katanya.

Iklan

Sementara itu, pada perbahasan yang sama, Menteri Luar Kedua Dr Mohamad Maliki Osman berkata memandangkan kedua-dua negara saling bergantung, kedua-dua kerajaan bekerjasama rapat untuk mengatasi cabaran yang timbul kerana Covid-19.

Mohamad Maliki juga menyebut republik itu amat berterima kasih atas bantuan Malaysia dalam memudahkan pemindahan seorang warga Singapura dari Ukraine baru-baru ini.

Balakrishnan dan Mohamad Maliki menjawab pertanyaan Chong Kee Hiong, Ahli Parlimen Perwakilan Kawasan (GRC) Bishan-Toa Payoh, bagaimana Singapura melibatkan Malaysia ketika pandemik. - Bernama