Didenda RM130,500, gagal patuhi Tribunal Tuntutan Pengguna

Iklan
Seorang tertuduh didenda RM130,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Gara-gara gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) secara berterusan selama enam tahun, seorang tertuduh (tidak didedahkan) didenda RM130,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 21 Februari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media pada Khamis, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, sabitan kesalahan dibuat mengikut Seksyen 117(1) Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama tertuduh didakwa atas kesalahan berkenaan, sebaliknya dia pernah disabitkan pada tahun 2017 dan telah membayar denda RM1,500 namun masih gagal menyelesaikan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Iklan

"Ini menyebabkan pihak yang menuntut membuat aduan semula kepada pihak KPDNHEP pada tahun 2019 dan dia didakwa sekali lagi di mahkamah.

"Sehubungan itu, KPDNHEP Kuala Lumpur memberi peringatan tegas, kegagalan mematuhi award TTPM adalah suatu kesalahan serius dan tidak boleh diambil mudah," katanya.

Iklan

Beliau berkata, ia berikutan pada 2019, Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah menaikkan nilai tuntutan TTPM kepada RM 50,000.

Katanya, pindaan hukuman denda yang lebih berat juga dibuat, di mana bagi mana-mana kesalahan berterusan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM100 dan tidak melebihi RM 5,000 bagi setiap hari.

Menurutnya, hukuman denda RM100 adalah denda terkecil namun jika tempoh kegagalan menjangkau kepada 1,305 hari, jumlah denda yang dikenakan menjadi amat tinggi.