LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memaklumkan dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, penundaan aksi itu melibatkan Selangor FC 2 menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam dan PDRM FC berdepan Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.