‘Wan dapat jadi cikgu’

Iklan
Mohamad Safwan pernah tular kerana kreativitinya mengajar subjek Sejarah sambil menggayakan kostum dengan diselit elemen teater bagi menarik perhatian murid-muridnya.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mohamad Safwan Zulqarnain Jebat berkongsi momen indah apabila impiannya untuk bergelar guru lantikan tetap selama ini menjadi kenyataan.

Berita gembira tersebut dikongsikan pemuda berusia 29 tahun itu menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan Twitternya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Mohamad Safwan sempat berkongsi luahan dan kata-kata semangat di akaun Twitter miliknya sebagai inspirasi buat dirinya.

"Saya tidak sangka akan berjalan di atas landasan kerjaya sebagai guru, terutamanya apabila mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana saya hanya mahu berbicara seperti penutur asli.

Iklan

"Saya mula berminat mengajar di semester tiga sewaktu diploma ketika mengambil kursus pengajaran tatabahasa.

"Saya mempunyai keupayaan semula jadi untuk mengembangkan idea kreatif bagi mengajar topik atau subjek yang mencabar.

Iklan

"Seiring dengan itu, saya sedar pengajaran tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya ia tentang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang penuh kasih sayang dan menyeronokkan dan boleh menjadi tempat berlindung bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah keluarga,” luahnya.

Mohamad Safwan amat berharap perkongsian itu dapat menutup kata-kata individu di sekelilingnya yang sering memperlekehkan cita-cita dan impiannya untuk bergelar pendidik.

Mohamad Safwan berkongsi momen indah bersama ibunya setelah mengetahui dia ditawarkan sebagai guru tetap.

"Kau sudah menjadi seorang pendidik. Kali ini, senyuman yang terukir bukanlah sesuatu yang dibuat-buat kerana kebahagian itu sudah melenyapkan segala bentuk kesedihan yang kau sembunyikan bertahun-tahun.

"Aku pasti, kau tentu gembira mendengarkan perkhabaran ini yang secara tidak langsung menguburkan kata-kata pedas di luar sana yang mengatakan bahawa cita-cita kau untuk menjadi seorang Guru Inspirasi tidak akan pernah terkabul,” ujarnya.

Mohamad Safwan pernah tular kerana kreativitinya mengajar subjek Sejarah sambil menggayakan kostum dengan diselit elemen teater bagi menarik perhatian murid-muridnya.