Hulu Terengganu, Dungun masih terjejas banjir

Iklan
Hanya daerah Hulu Terengganu dan Dungun masih terjejas banjir setakat jam 8 pagi Jumaat.

KUALA TERENGGANU - Hari kelapan banjir di Terengganu terus bertambah pulih apabila hanya dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Dungun masih merekodkan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat jam 8 pagi Jumaat, seramai 2,848 penduduk masih di 16 PPS di dua daerah tersebut dan jumlah itu berkurangan berbanding 7,281 orang pada jam 4 petang Khamis.

Iklan
Iklan

"Mangsa paling ramai adalah di Hulu Terengganu iaitu seramai 2,538 orang dari 736 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 12 PPS yang masih dibuka di sana.

"Dungun pula merekodkan jumlah penduduk terjejas seramai 308 orang melibatkan 74 keluarga yang berada di empat PPS," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya selepas semua PPS yang diaktifkan ditutup secara rasmi pada jam 5 petang Khamis berikutan penduduk terjejas pulang ke rumah masing-masing.

"PPS terakhir di daerah Kuala Nerus pula ditutup secara rasmi pada jam 9 malam tadi. Kita jangkakan lebih banyak PPS ditutup sekiranya cuaca baik berterusan hari ini," katanya.

Iklan