52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat

Iklan
Kebakaran di kawasan parkir motosikal turut menyebabkan empat kereta musnah dalam kebakaran di PPR Intan Baiduri, awal pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kebakaran yang memusnahkan 52 kenderaan di kawasan parkir sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini, awal pagi Jumaat termasuk elemen khianat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan kejadian diterima pada jam 4.21 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.56 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal sebelum merebak ke kawasan tempat parkir motosikal berbumbung.

"Anggaran kerugian keseluruhan kebakaran tersebut dianggarkan RM300,000. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Baldev Singh atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya.

Iklan