Tafakur dua minit memperingati serangan masjid Christchurch

Iklan
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern bercakap kepada pelajar ketika lawatan ke Sekolah Tinggi Cashmere yang turut kehilangan dua pelajar dalam serangan masjid Christchurch, Jumaatt lalu.- Foto AFP

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Sesi tafakur selama dua minit akan berlangsung Jumaat ini bagi memperingati genap seminggu serangan masjid Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa.

Pengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Jacinda Ardern ketika melawat Christchurch hari ini.

Iklan
Iklan

Sesi tafakur dua minit dipilih berikutan skala tragedi yang besar, dan ia pernah dijalankan ketika memperingati letupan Pike River pada tahun 2010.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan keluarga yang datang ke negara ini demi mendapatkan perlindungan, dan mereka seharusnya berasa selamat," kata Ardern.

Iklan

Beliau turut mengesahkan setakat ini 30 dari 50 mayat mangsa serangan masjid Christchurch Jumaat lalu telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Terdahulu, kebanyakan keluarga mangsa melahirkan rasa kecewa dan marah berikutan tempoh masa lama yang diambil untuk menyerahkan mayat mangsa kepada keluarga.

Iklan

Ardern yang turut bersimpati dengan situasi waris mangsa berkata, kelewatan tersebut tidak berkaitan dengan kekurangan sumber, namun ia lebih kepada kerumitan proses pengecaman itu sendiri.

Awal hari ini, dua mangsa pertama serangan masjid Christchurch, Khaled Mustafa dan anak lelakinya berusia 15 tahun bernama Hamza telah selamat dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengebumian mangsa serangan Christchurch bermula hari ini

Dua mangsa pertama serangan masjid Christchurch dikebumikan