Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun

Iklan
Keadaan rumah penduduk Kampung Lachang, Rantau Panjang, Kelantan yang masih ditenggelami banjir ketika tinjauan pada Khamis. -Foto: Bernama.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di dua negeri Pantai Timur menunjukkan trend penurunan apabila 5,831 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang berbanding 7,561 pada pagi Jumaat.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila 3,879 orang daripada 1,218 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 1 tengah hari, berbanding 4,715 orang daripada 1,506 keluarga pada jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa.

Sementara itu, situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 1,952 mangsa daripada 563 keluarga pada jam 2 petang berbanding 2,846 mangsa daripada 808 keluarga pada jam 8 pagi Jumaat.

Iklan

Hanya daerah Hulu Terengganu masih terjejas banjir dengan 11 PPS masih beroperasi ketika ini.

JPS pula melaporkan tiada lagi sungai di Terengganu yang melepasi paras bahaya setakat ini. - Bernama

Iklan