Banjir di Kampung Simpangan

Iklan
Penduduk Kampung Simpangan dan kawasan sekitar terpaksa menaiki bot dan meredah air dengan membawa pulang sumbangan yang diterima selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan berikutan kampung mereka dilanda banjir.

Sehingga kini di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus berkurangan apabila 3,879 orang daripada 1,218 keluarga masih ditempatkan di 12 PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 1 tengah hari, berbanding 4,715 orang daripada 1,506 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa. - Foto Bernama